Thursday 18 June 2015

ULCER SEBABKAN KEMATIAN KUCING

           17.6.2015 sehari sebelum umat Islam menyambut puasa, 2 ekor kucing aku Asus n Echak meninggal dunia. Puncanya di jangkiti ulcer dalam mulut yang menyebabkan mereka x lalu nak makan.
Sedih sgt aku rasa, 2 ekor pergi serentak. Apa boleh buat ketentuaan Allah, cuma redha je yang mampu aku lakukan.
           Cepat sungguh ulcer ni bertindak....x sampai brape hari je boleh meyebabkan kematian kucing aku. Ubat yang Vet bagi pun belum habis dowarg makan. Ingat boleh selamatkan dowarg rupanya mereka x dapat di selamatkan. Sedih betul
           Kalau anda di luar sana perasan kucing anda tak aktif seperti selalu, air liur meleleh n x brape nak makan, sila buka and tgk mulut kucing anda, kalau anda dapati ada ulcer dalam mulut kucing anda eloklah bawa g Vet dengan segera, kemungkinan kucing anda boleh di selamatkan. Takut klau terlambat kemungkinan kucing anda tidak dapat di selamatkan.
          Ulcer ni menjangkit, jadi kucing yang terkena ulcer perlu di asingkan daripada kucing2 anda yang lain. Semoga peminat dan pencinta kucing dapat ilmu pengetahuan daripada apa yang aku alami ini. Sekian...




.



Friday 12 June 2015

KEMBIRIKAN ATAU MANDULKAN KUCING UNTUK TUJUAN MENGAWAL JUMLAH KUCING

Aku memang peminat kucing.....tp bukanlah kucing yang baka mahal. Aku cme bela kucing2 yang aku kutip di pasar atas dasar rasa kesian aku terhadap mereka. Aku juga mengambil kucing yang  di berikan oleh mereka2 yang menghadapi masalah untuk menjaga kucing mereka. Sekarang aku mempunyai 20 ekor kucing semuanya...kalau ikut kan hati memang aku nak bela lagi tapi keadaan tak mengizinkan aku berbuat demikian.





Semua kucing2 aku 2 aku dah mandulkan supaya mereka tak beranak....bukan aku zalim tapi aku nak kawal  bilangan kucing ni agar aku mampu membela dan memberi mereka makan.Sekarang seekor kucing betina memerlukan Rm140.00 dan jantan Rm 120 untuk di mandulkan.Prosedur dia ringkas.... pilih veterinar yang anda ingin lakukan prosedur tersebut....biasanya kucing akan di boardingkan di klinik tersebut 1 ke 2 hari bergantung kepada keadaan kucing tersebut.









Dulu aku pernah hantar kucing aku ke klinik haiwan kerajaan untuk di mandulkan....boleh tahan jugak service mereka...tapi sejak berpindah ke rumah baru aku x sempat nak hantar kucing ke klinik kerajaan sebab jauh daripada rumah.











Bila aku ke pasar dan melihat kucing2 terbiar di sana aku rse sedih yang teramat sangat tapi apakan daya aku tak mampu mengambil dan membela mereka semuanya.Aku sarankan jika anda membela kucing2 eloklah kucing ini di mandulakn sebab kalau x di mandulkan jumlahnya akan bertambah dan apabila ini berlaku kucing ini akan berakhir di pasar lagipun jumlah orang yang nak membelanya kurang...jadi kcing2 ini akan terbiar dan mati samada di pasar2 atau di belakang2 bangunan. KESIAN MEREKA






BUAT KAD PENGENALAN BARU DI UTC MELAKA

Di UTC Melaka Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia terletak di tingkat 7. Oleh kerana aku nak tukar alamat pada Kad Pengenalan baru jadi aku terpaksa mengisi orang yang di berikan oleh petugas yang duduk di kaunter no giliran beserta dengan no giliran untuk aku berurusan di jabatan ini.

Kemudian aku di panggil untuk kekaunter bagi proses penukaran kad pengenalan lama kepada kad pengenalan yang baru. Di kaunter ini aku di arahkan untuk membayar Rm 10.00 bagi tujuan tersebut. Selepas membuat bayaran aku di kehendaki menyemak butir2 yang tertera di borang yang di serahkan oleh petugas kaunter tersebut.

Kemudian aku di arahkan untuk untuk ke kaunter mengambil gambar. Nasib di sini aku tak perlu nak menukar tudung sebab boleh pakai tudung warna apa2 pun. Selamat......Proses mengambil gambar mudah dan senang sekiranya anda berpuashati dengan gambar yang anda ambil, anda di minta untuk menunggu sejam dan ambil no giliran semula untuk tujuan mengambil kad pengenalan baru anda.

Selepas 1 jam sila ambil no giliran anda yang baru di kaunter yang sama anda mengambil no giliran yang pertama tadi. Kemudian no giliran baru anda akan di panggil untuk kekaunter serahan kad pengenalan baru.

Selesai sudah proses penukaran kad pengenalan lama kepada kad pengenalan baru.....SENANG DAN MUDAH BUKAN....anda boleh lah ke UTC Melaka sebab perkhidmatan di sana cepat dan cekap


MEMBUAT PASPORT DI UTC MELAKA

Langkah pertama nak pg melancong ke luar Malaysia adalah dengan mempunyai pasport. Usaha ini telah aku lakukan pada 11.6.2016 ( Khamis). Kawan sarankan aku ke UTC melaka katanya cepat siap. Jadi aku ambil keputusan untuk buat pasport aku di sana.

Aku sampai pagi dan terus naik ketingkat 2 sebab di situlah letaknya Jabatan Imigresen Malaysia cawangan Melaka. Sampai je aku terus ambil no giliran, tu dia 1008. Duduk sekejap aku di panggil untuk ke kaunter yg mana telah ada anngota Imigresen yang telah siap sedia untuk melayan pelanggan.

Selepas menyerahkan kad Pengenalan dan sedikit soal jawab aku di arahkan untuk menukar tudung sebab aku memakai tudung biru. Lupa pulak nak tanya kawan warna tudung yang boleh di pakai adooii. Selepas menukar tudung barulah proses mengambil gambar untuk pasport aku di jalankan.

Selepas mengambil gambar....pegawai tadi memulakan proses untuk membuat pasport yang aku inginkan. Beberapa minit kemudian beliau menyuruh aku kekaunter bayaran. Harga pasport sekarang adalah Rm 200.00 dan mempunyai 50 mukasurat. Selepas membuat bayran aku di suruh tunggu 1 jam sebelum meletakan borang yang di beri semasa membuat bayaran di kaunter yg di arahkan iaitukaunter 8. Aku x tunggu di Jabatan Imigresen sebab aku nak buat kad pengenalan baru...Jadi aku ke tingkat 7 bangunana yang sama.

Selepas 1 jam aku meletakan borang yang di beri oleh pegawai semasa aku membuat bayaran di kotak yang di sediakan di kaunter 8. Beberapa minit kemudian nama aku di panggil dan walah pasport aku dah pun siap. Aku diarahkan untuk meyemak semua butir yang tertulis di pasport samada betul atau pun salah. Kemudian aku di minta untuk tandatangi pasport aku....akhirnya pasport berada dalam gengaman aku, Senang sangat bukan nak buat pasport di UTC ni. Harap dapat membantu sesiapa yang memerlukan bantuan.




Monday 8 June 2015

Kucing Ku Sakit

 Bila kucing aku sakit...aku yang paling sedih...sebab kesian pada kucing 2 sebab dia sakit dan sedih pada  diri aku sebab terpaksa keluarkan duit untuk bwak dowarg pegi klinik. Kucing aku memang biasa sakit....sakit mata, ulcer, demam dan macam2 lagi. Semua aku dah rasa dan lalui. Penah sekali kucing angkat aku namenya LG meninggal sebab mulutnya terkena ulcer dan dia x nak makan. Sedih sangat rasa pada waktu 2 tapi aku redha je....

Nasihat aku cme 1 kalau kucing sakit bwaklah pegi VET, sbb hanya vet je yang tahu apa yang terbaik untuk kucing tersebut. Memang kadang2 terpaksa mengeluarkan sedikit blanje untuk rawatan mereka tapi usaha itu berbaloi apabila melihat kucing kesayangan anda sihat semula.

Jika anda memerlukan jumlah kos yang agak tinggi untuk rawatan anak bulus anda, anda tak perlu risau ada  banyak group kucing yang sudi membantu anda contoh Dunia Kucing Group (original admin). Mereka ni akan bantu anda dengan cara mengwar2kan masalah yang anda hadapi dan percayalah ramai yang sudi menolong.

Begitu juga jika anda memerlukan pertolongan agar kucing anda di pelihara oleh mereka yang sudi untuk memelihara  anda juga boleh post di kebanyakan group2 pencinta kucing. Biasanya mereka ini akan sedaya upaya menolong anda bagi memastikan kebajikan kucing ini terpelihara.

Sunday 7 June 2015

Aku dan Perancangan yang SenSasi

Lepas singapura aku rse aku nak melancong dalam Malaysia pulak. Kat Malaysia pun tak kurang tempat melancong yang sensasi. Banyak sangat tempat tu...........Tapi first aku nak g Terengganu kot. Harap2 sesuatu yang happening berlaku disana. Melancong sambil makan2.

Dalam pada melancong aku ingat nak ketengahkan makanan orang2 Malaysia yang aku rasa sangat sedap, lagi pun aku ske makan hahaha. Aku suka makan tapi x nak gemuk....boleh x?? Orang lain boleh kot...aku x boleh....kalau dah makan mesti GEMUK.

Selain 2 aku ingat aku nak abadikan gambar2 pemandangan yang cantik dan sensasi di setiap tempat yang aku lawati... so guy tunggu kemunculan gambar2 yang cantik dan menarik daripada di episod akan datang Hokey
 

Tempat pelancongan yang SenSaSi- SINGAPURA

SINGAPURA.....kenapa aku rse ianya tempat perlancongan yang sensasi? Pada aku ianya suatu tempat yang sensasi dan happening untuk di lawati. Walaupun aku tinggal tidak berape jauh daripada Singapura tapi aku belum berkesempatan untuk melawatinya huhuhu. Di sana terdapat berbagai tempat yang aku ingin lawati Universal studio adalah salah satu tempat yang ingin aku lawati.

Dalam mse terdekat mungkin..........masalahnya paspot pun aku x de lagi hahaha. 11.6.2015 nak pegi UTC nak buat pasport...bila dah dapat pasport baru boleh cerita lebih2. Aku boleh bayangkan aku melancong kesana perghhh.........mesti best dan hapenning kan. X sabar ni huhuhu.

Aku banyak baca blog2 orang yang melawat singapura ni....nampak best je....aku pun apa lg ambil lah maklumat sikit2 daripada yang di perkatakan oleh mereka. Jd adalah ilmu sikit untuk aku buat pedoman. Harap segalanya di permudahkan oleh ALLAH S.