Friday 12 June 2015

MEMBUAT PASPORT DI UTC MELAKA

Langkah pertama nak pg melancong ke luar Malaysia adalah dengan mempunyai pasport. Usaha ini telah aku lakukan pada 11.6.2016 ( Khamis). Kawan sarankan aku ke UTC melaka katanya cepat siap. Jadi aku ambil keputusan untuk buat pasport aku di sana.

Aku sampai pagi dan terus naik ketingkat 2 sebab di situlah letaknya Jabatan Imigresen Malaysia cawangan Melaka. Sampai je aku terus ambil no giliran, tu dia 1008. Duduk sekejap aku di panggil untuk ke kaunter yg mana telah ada anngota Imigresen yang telah siap sedia untuk melayan pelanggan.

Selepas menyerahkan kad Pengenalan dan sedikit soal jawab aku di arahkan untuk menukar tudung sebab aku memakai tudung biru. Lupa pulak nak tanya kawan warna tudung yang boleh di pakai adooii. Selepas menukar tudung barulah proses mengambil gambar untuk pasport aku di jalankan.

Selepas mengambil gambar....pegawai tadi memulakan proses untuk membuat pasport yang aku inginkan. Beberapa minit kemudian beliau menyuruh aku kekaunter bayaran. Harga pasport sekarang adalah Rm 200.00 dan mempunyai 50 mukasurat. Selepas membuat bayran aku di suruh tunggu 1 jam sebelum meletakan borang yang di beri semasa membuat bayaran di kaunter yg di arahkan iaitukaunter 8. Aku x tunggu di Jabatan Imigresen sebab aku nak buat kad pengenalan baru...Jadi aku ke tingkat 7 bangunana yang sama.

Selepas 1 jam aku meletakan borang yang di beri oleh pegawai semasa aku membuat bayaran di kotak yang di sediakan di kaunter 8. Beberapa minit kemudian nama aku di panggil dan walah pasport aku dah pun siap. Aku diarahkan untuk meyemak semua butir yang tertulis di pasport samada betul atau pun salah. Kemudian aku di minta untuk tandatangi pasport aku....akhirnya pasport berada dalam gengaman aku, Senang sangat bukan nak buat pasport di UTC ni. Harap dapat membantu sesiapa yang memerlukan bantuan.




2 comments:

  1. Salam nak tanya, kena bawak surat beranak ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum nak tanya kena bawa sijil kelahiran ke?

      Delete