Friday 12 June 2015

BUAT KAD PENGENALAN BARU DI UTC MELAKA

Di UTC Melaka Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia terletak di tingkat 7. Oleh kerana aku nak tukar alamat pada Kad Pengenalan baru jadi aku terpaksa mengisi orang yang di berikan oleh petugas yang duduk di kaunter no giliran beserta dengan no giliran untuk aku berurusan di jabatan ini.

Kemudian aku di panggil untuk kekaunter bagi proses penukaran kad pengenalan lama kepada kad pengenalan yang baru. Di kaunter ini aku di arahkan untuk membayar Rm 10.00 bagi tujuan tersebut. Selepas membuat bayaran aku di kehendaki menyemak butir2 yang tertera di borang yang di serahkan oleh petugas kaunter tersebut.

Kemudian aku di arahkan untuk untuk ke kaunter mengambil gambar. Nasib di sini aku tak perlu nak menukar tudung sebab boleh pakai tudung warna apa2 pun. Selamat......Proses mengambil gambar mudah dan senang sekiranya anda berpuashati dengan gambar yang anda ambil, anda di minta untuk menunggu sejam dan ambil no giliran semula untuk tujuan mengambil kad pengenalan baru anda.

Selepas 1 jam sila ambil no giliran anda yang baru di kaunter yang sama anda mengambil no giliran yang pertama tadi. Kemudian no giliran baru anda akan di panggil untuk kekaunter serahan kad pengenalan baru.

Selesai sudah proses penukaran kad pengenalan lama kepada kad pengenalan baru.....SENANG DAN MUDAH BUKAN....anda boleh lah ke UTC Melaka sebab perkhidmatan di sana cepat dan cekap


2 comments:

  1. Saya nk tanye ic Sya hilang baru first time Klau Sya mahu buat baru berape kne pembayaran. Ya

    ReplyDelete
  2. Borgata Hotel Casino & Spa - JetBlue Vacations
    Discover the 남양주 출장안마 Borgata Hotel Casino & Spa in 동해 출장안마 Atlantic City with 수원 출장안마 JetBlue Vacations, 포항 출장마사지 the first hotel in the country to 평택 출장안마 offer pre-docked accommodations,

    ReplyDelete