Sunday 7 June 2015

Sensasi dan Kehidupan

Ini pertama kali aku menulis untuk blog aku yg baru je aku buat................perghhh tak sangka aku dah ade blog sendiri. Aku sebenarnya memang mengimpikan satu kehidupan yang sensasi dan warnawarni tapi apa kan daya aku belum pernah mengalaminya. Aku mengharapkan ianya akan berlaku selepas ini. Kehidupan sensasi yang aku perlukan bukanlah dalam erti kata yang akan merosakkan diri tetapi lebih kepada kehidupan yang memberikan aku pengalaman dan pengajaran dalam hidup.

Aku simple orangnya dan mempunyai kerjaya yang biasa2 aje. Makan gaji di sektor kerajaan. Namun aku bersyukur dengan ape yang aku punyai sekarang. Serba sederhana tapi mencukupi untuk menjalani kehidupan ini. Ramai yang berkata aku bernasib baik kerana mempunyai pekerjaan yang menjamin masa depan, ya aku mengaku aku bernasib baik...tapi kalau boleh aku nak menjadi lebih baik daripada ape yang aku ade sekarang.

Apa yang aku impikan adalah aku mampu untuk merealisasikan setiap impian aku seperti melancong di dalam dan di luar negara. Aku suka melancong sebenarnya....tapi aku belum berkesempatan untuk melakukan semua itu. Aku harap ianya akan menjadi kenyataan dalam masa terdekat....SINGAPURA tempat pertama yang ingin aku jejaki.

Aku akan berusaha bersungguh2 untuk menjejaki bumi singapura dalam waktu terdekat ini...In Sha Allah. Harap ianya menjadi kenyataan dan segala urusan di permudahkan oleh ALLAH S.W.T.

No comments:

Post a Comment