Thursday 18 June 2015

ULCER SEBABKAN KEMATIAN KUCING

           17.6.2015 sehari sebelum umat Islam menyambut puasa, 2 ekor kucing aku Asus n Echak meninggal dunia. Puncanya di jangkiti ulcer dalam mulut yang menyebabkan mereka x lalu nak makan.
Sedih sgt aku rasa, 2 ekor pergi serentak. Apa boleh buat ketentuaan Allah, cuma redha je yang mampu aku lakukan.
           Cepat sungguh ulcer ni bertindak....x sampai brape hari je boleh meyebabkan kematian kucing aku. Ubat yang Vet bagi pun belum habis dowarg makan. Ingat boleh selamatkan dowarg rupanya mereka x dapat di selamatkan. Sedih betul
           Kalau anda di luar sana perasan kucing anda tak aktif seperti selalu, air liur meleleh n x brape nak makan, sila buka and tgk mulut kucing anda, kalau anda dapati ada ulcer dalam mulut kucing anda eloklah bawa g Vet dengan segera, kemungkinan kucing anda boleh di selamatkan. Takut klau terlambat kemungkinan kucing anda tidak dapat di selamatkan.
          Ulcer ni menjangkit, jadi kucing yang terkena ulcer perlu di asingkan daripada kucing2 anda yang lain. Semoga peminat dan pencinta kucing dapat ilmu pengetahuan daripada apa yang aku alami ini. Sekian...




.



No comments:

Post a Comment